Daisypath Anniversary tickers

Thursday 31 March 2011

Cantik Tertarik Cik Lisa memang The BOOM ♥

Meh sini Cik Mimiey nak cerita dengan sayang sayang cik Mimiey semua ye. mari dekat dekat, jangan rapat rapat. haha. ni haa, cik Mimiey ada gosip nih. amboi , cik mimiey kita. gosip memanjang. bukan lah kawan kawan sekalian. nak cerita pasal seorang artis cantik, cun melecun, putih gebu gitu, pandai lagi. alaa, yang tengah HOT sekarang ni. nak tahu siapa? LISA SURIHANI lah namanya. Cik Mimiey admire sangat la dekat dia ni. dah lah pandai, cantik plus plus cun pulak tu. rambut dia pun cantik oh . Cik Mimiey sukaa  haih, bertuah ye siapa dapat awak Cik LISA oiii. ewah ewah, cik mimiey ni macam ratu gosip je kan. hehe . continue balik cerita pasal artis cantik tu. mesti korang semua kenal LISA SURIHANI kan? tak kenal? tipu je korang . tipu tipu. gedik lah pulak ye. alaa, Lisa yang berlakon cerita Lagenda Budak Setan, Semerah Cinta Stiletto, I'm Not Single dan dan banyakk lagi ye. korang mesti kenal punya lah awek cun kita ni. gambar gambar dia pun smua cantik cantik belaka, putih gebu lah katakan. Meh sini kita tengok gambar Cik Lisa Surihani kita ni ye :D

PS, Saya admire awak lah Cik Lisa ♥ 

Menghitung Hari

Hai Helo ,
scaryy lah pulak kan gambar ni. hee. Tengok lah title Cik Mimiey kali ni. macam lagu Kris Dayanti gitu. selalu orang semua menghitung hari nak Kawin , Tunang kan. tapi Cik Mimie lain ye, kahwin dan tunang tu LAMBATTTT lagi ye. hehe . Cik Mimiey tengah menghitung hari Keberanakkan Cik Mimiey. Amboii! ayat aku tak boleh blah kan, pandai bahasa Malaysia saya kan kan. hehe. Lagi beberapa hari je lagi ni, Tak sabar betul den. nak tahu hari Keberanakkan Cik Mimiey? 3APRIL. kejap je kan rasanya sudah bulan April. pejam celik pejam celik, winnkkkk! dah bulan April. hee. nanti Puasa then Raya. pape pun tak sabar nak celebrate birthday party saya dengan kawan-kawan Cik Mimiey dan kekasih hati semua . kbai :)

PS, 3 hari lagi

Theory Of Food :)

Hai Hello,

Cik Mimiey dekat Library ni. baik kan Cik Mimiey baca buku. Padahal ONLINE memanjang. haha. tapi discuss pasal TOF singkatan bagi Theory Of Food. kami jual Daging Daging dan Daging. hehe. macam dekat pasar je kan. tu lah , Cik Mimiey asik makan daging je tahu sekarang jual lah daging. Rasakan wahai Cik Mimiey. hee. Mals nak taip panjang panjang. ini lah lebih kurang Cik Mimiey buat.


PS, Tak sabar nak Birthday Party !!!

Wednesday 30 March 2011

New Friend

Hai Helo,

Cik Mimiey nak storyy nih! Cik Mimiey dapat kawan baru lagi. bertambah tambah lah kawan Cik Mimiey kan. tadi dekat kolej Cik Mimiey ada seorang Aweks cun dari Egypt. prghh! budak Egypt pun study dekat Malaysia kan. sama lah budak Malaysia ada jugak study dkt Egypt. Nama dia Salsabila. cehh! macam lagu salsabila gituu. muka dia suci, soft semua. cantik lah. yela. egypt kan semua putih putih belaka. cantik sangat lah. dia pun sopan je, bila cakap dengan dia ni kena lah speaking English. Nasib baik Cik Mimiey pandai speaking sikit sikit. haha . Bila dia cakap je. Mak aih!! perlahan gila dan dan Cik Mimiey pun terpaksa lah tanya banyak kali. haha . Sorry Biela, i can't hear what you talk but honestly you very beautiful :)

AMBOI ! CiK Mimiey nak cerita nih .

Hai Hello,

Amboi title Cik Mimiey kali ni kan. gembira rasanya nak bercerita. haha . nak tahu ape cerita kali ni. meh sini dekat dekat ramai ramai perdengarkan cerita HOT gituu . haha. Bulan APRIL ni bermula lah cerita cerita BEST. seperti MahaRaja Lawak, Imam Muda, Akedemi Fantasia dan Jaguh Kampung. Meh Cik Mimiey cerita satu satu ye. sabar ye anak anak. haha . sejak bila aku jadi mak korang.

  1. AKADEMI FANTASIA
 ini lah dia cover AF musim ke-9 ni. cantik kan. musim terakhir lah katakan. biasalah tu. AF kan banyak MAGIC. tak sabar Cik Mimiey nak tunggu AF mula. peminat fanatik lah katakan. haha . Tiap musim Cik Mimiey follow taw. hee. nak bagitahu je. ini lah Pelajar AF musim ke-9 . tirai AF mulai 2APRIL2011.


2. MAHARAJA LAWAK
 
ini lah tentang MAHARAJA LAWAK. nak tahu ? gabungan antara semua juara juara raja lawak. semua hebat hebat belaka gitu lah ye. tak sabar Cik Mimiey nak tengok, macam best je intro dia selalu keluar dekat tv. yang calon calon juara dia pun best gak ada jihan,yus dan tauke,balas,man,JOZAN dan ramai lagi lah. nak tahu kenapa Cik Mimiey capslock jozan tu? sebab aku minat mereka dua ni. dah tentu tentu tentu lah mereka juara. TERBAIK dari ladang lah! haha  kita tengok je nanti :)

3. JAGUH KAMPUNG
 
entah macam mana Cik Mimiey boleh ternampak intro jaguh kampung ni pun tak tahu. tapi macam best lah. pasal makanan. Amboi! Cik Mimiey memang suka bab makanan ni. isi perut tambah lemak gituu. hee. rasanya rancangan ini pasal pertandingan masakan kot. mungkin lah. tak pasti ler.

4. IMAM MUDA

maaf kawan kawan, Cik Mimiey tak dapat cari gambar iman muda. tapi mesti korang semua dah tahu kan program imam muda tu. tahun 2010 imam ASYRAF yang menang. hensem tapi melepas lagi Cik Mimiey ye. sudah kahwin. ehh! berangan je Cik Mimiey ni kan. buat endah je ye. heheh .




ini lah RANCANGAN best bulan APRIL NI. ceh, mentang mentang lah APRIL birthday Cik Mimiey. nak promote rancangan best. haha. nak tahu bila birthday Cik Mimiey? tungguuuuu :D

Zalisha Zulkepli

 
Hai heloo :)
Hari ni nak story mory pasal budak cantik ni. nama dia Zalisha, dah tertera dekat title saya tu kan, tak reti nak baca ke hah?! choi ! tibatiba nak naik angin apsal kan. haih. weh budak, kenapa kau cantik sangat hah? tak boleh ke cantik lagi? cemburu betul aku dengan kau ni. hee. umur dia agaknya baru 16tahun kot. lupa lah. cantik tertarik dia memang THE BOOM! tengok lah gigi rabbit dia dan dan yang paling aku geram tu CHICKBONE dia botox tu. haha . jealouse weh.

Monday 28 March 2011

Kampung kampung

Hai helo .

Sepatutnya semalam kan aku update blog pasal balik kampung tu. tapi malam tadi aku sampai rumah dah dekat 12tgah malam. lagipun penat gilaa lah yelaa, kemas rumah kampung yang tak terjaga kan, takpe. janji gumbira. hee. macam macam aktiviti aku buat dekat kampung semalam. seperti sapu sampah, main api, kesoh dengan adik aku, makan dan tidur. haha . tidur kejap je, panas wehh . yela , takda elektrik lah katakan. berpeluh jugak lah semalam. busuk masam aku. HAHA. semalan dekat kapung ada keluar aku, mama, babah, adik aku dan ibu and uncle. anak ibu semua tak datang. ibu ckp diorang main futsal. choii ! kalah jugak kan. haha . malas nak cerita panjang. ini gambar kami semalam :D


Sunday 27 March 2011

Happy Sunday :)

hai helo assalamualaikum.

cewahhh! hari ni hari ahad. hari merehatkan minda dan membayar hutang tidur sepatutnya. tapi keluarga saya sudah plan nak balik kampung mak saya di REMBAU, NEGERI SEMBILAN untuk mengemas rumah kampung itu sebab tiada yang jaga. So, mama plan dengan ibu aku nak kemas kemas semak samun rumah tu. aku taktahu ape keadaan kampung itu. sekarang ni aku belum bertolak lagi, baruu bangun tidur terus update blog. baguskan saya. HAHA :D okay lah. nanti dah balik saya cerita lebih lanjut apa aktiviti saya dekat kampung ye. mama suruh siap. nak gerak balik dah, tak jauh pun kan. minta minta tak panas sangat kalau tak mandi peluh lah kau. kbai :)

Saturday 26 March 2011

Blah Blah Blahhh !

 

PFFTTTT! aku tak sangka pula perangai kau macam ni kan . Depan baik belakang mulut macam fucks! muka cantik tapi haih. ape lah nasib. nasib baik aku tahu perangai kau dari budak hostel kau jugak, kalau tak terus menerus kau perbodohkan aku dengan perangai suck kau tu. Menyesal aku kenal kau dari orientasi masuk kolej lagi, sekarang baru kau tahu belang kau rupanya. betapa jahat nya kau. suka mengutuk orang dari belakang, mati mati kau menipu kawan kawan kau. dulu aku kenal kau baik je, kita sama sama satu kelas english masa SEMESTER satu, sekarang perangai kau macam SETAN. ape lah nak jadi dengan kau ni. tak sangka pula kau ni mencekau merembat memperhabiskan duit orang je dalam kata lain MATERIALISTIK ! ada jugak perempuan macam kau dekat dunia ni lagi ye, aku ingat dah pupus dah. ada lagi kawan aku pulak tu. ops! BEKAS kawan aku ye. kenapa lah dengan kau ni. kau duduk terengganu datang KL nak belajar bukannya nak meronggeng sana sini dengan BF kau yang susah sgt nak mengaku tu. mentang mentang lah dia LOADED kau pun teruskan lah dengan niat jahat kau kan . bf kau tu pn bodoh percayakan kau. aku taktahu lah BF kau fikir macammana.

Kalau korang TERbaca aku pun blog. aku baru je puji dia beberapa hari lepas minggu lepas macam tu lah. tak ingat. macam macam aku puji kau. sekali aku dengar budak housemate kau cerita pasal perangai kau. prghh! menyiraap aku. betul lah apa kawan kau cakap tu. kau memang TAK GUNA. dengan kawan perempuan, budak rumah kau pun kau nak merembat barang diorang. ehh! ape lah masalah kau ni. MUKA cantik PERANGAI Hancur ! kau ingat kau minta maaf dan menafikan perangai kau dan cerita kawan kau tu aku caya kau lagi? haih. JANGAN HARAP lah ye. Menyesal aku kenal kau lah. eyyy! geram betul aku . pfft

DIA memang lah pandai english kan sebab tu aku nak kawan dengan kau masa semester satu dulu. sekali keluar result, kau cakap kau NC dan FAIL. OHEMJAYY! ape kebodohnya nye kau ni. aku yang kurang sangat english tak dapat macam tu atau kau buat buat pandai depan aku dan kawan kawan kau. kenapa lah kau jadi macam ni, aku rasa sejak kau couple dengan lelaki macam tu lah kau berubah. kau just nak DUIT DUIT DUIT lelaki tu je. kawan kau cerita kau ni kawan makan kawan. budak hostel yang dirahsiakan namanya tak sanggup duduk hostel sebab perangai kau yang teruk itu, suka menikam dari belakang. kesian kawan kau tu. ape lah nasib jadi kawan kau kan. haih. tak faham betul aku dengan perempuan sebegini. Materialistik ! dalam otak just fikir duit duit duit. blahh !! pftt!!

Mimiey Dan Contest :)

 
WOW! title saya , saya sukaa masuk contest ni. so, kali ini aku masuk contest Herbal Essences Essence of Life Girl. tahu apakah itu ? SHAMPOO lah hape lagi kan. alaa, yang lembut lembut kan rambut tu. haha . entah hape lah aku merepek ye :) entah kenapa tibatiba kau nak masuk contest tu pulak . macam best je. hadiah dia ? prghh! masyukk! 3finalis dapat IPAD . Ipad wehhh! siapa taknak ? then if winner dapat tampal muka dekat COVER depan majalah MYC . aku tak pernah dengar majalah itu. haha . tapi macam best je kan . so , aku register lah nak join, baru je tadi aku buat . terus lah masuk. aku suruh lah kawan kawan aku undi. taktahu lah dah berapa undian aku. tak dapat nak tengok. ini lah gambar yang saya upload untuk contest saya. undilah saya ye .


saya tak CANTIK pun , tapi saya suka rambut saya . undi saya . Amboii! HAHA :D
TERIMA KASIH :)

Thursday 24 March 2011

Bosan lah Awak :)

hai helo melo assalamualaikum :)

Choi ! panjang kan aku bagi ayat pertama itu. wow! haha . tibatiba . kakak nak bagitahu ni adik adik oii . kakak bosan sangat ni. ceh , ada ke nak kata diri sendiri kakak? prghh! taknak . saya muda lagi. haha. hari ni bosan teramat sangat . FACEBOOK pun sama, bosan bosan dan bosan. nasib baik tadi saya online tak lambat macam sebelum ni. pfft! lambat gila lah nak katakan. panas je hati nak tunggu bukak facebook, tapi tadi sejuk hati saya bukak sebab cepat cepat dan dan yang penting JALI saya kasi. haha . takda gaduh2 . SAY NO NO NO ! wee  ♥♥ . macam lagu "kalau cinta" tu . KALAU CINTA JANGAN KACAU , KALAU SAYANG TAK PERLU MARAH, KALAU IKHLAS TAK MINTA BERBALAS, SERAHKAN CINTAMU PADA YANG PUNYA CINTA, haha . saya lah tu. aww ♥♥ ! haha. kenapa aku macam ni ? haih. KEBOSAN, ini lah jadinya. Syok Sendiri. hee. kalau dah bosan begini lah kerja saya. edit gambar menjadi hape je , then nyanyi lah sekuat hati aku. kau marah ? ADA AKU KISAH ?! ni lah hasil proses editing saya :)
♥♥
MEREKA ini orang yang saya sayang
 
KELUARGA saya, hensem dan cantik belaka kan ♥♥

KEKASIH HATI saya, GMS ♥♥ 

yang selebihnya di FB sayaa :)

hai :D

hai hello melo !

dah lama tak update blog ni. ceh , baru je 2hari ke 3hari macam tu lah . ini disebabkan internet yang slow . facebook pun tak boleh bukak. salahkan internet ye . bukan salah saya. haha . tiba tiba . semalam saya exam Malaysian Studies sahaja, tahukah apa itu ? alaa, macam budak sekolah belajar sejarah. macam ini lah budak kolej belajar sejarah. sama saje. :) hari ini saya exam dua subjek iaitu Theory Of Food dan Food & Beverage management. sudah settel semuanya hari ini. agak susah jugak lah dua subjek ini. sekarang just tingga; lagi satu subjek je esok. yeayy! lepas tu dah habis. ek alaahh! baru midterm kan . bukannya semester akhir. lama lagi nak habis . tapi suka hati saya lah saya nak gembira. sibuk je kamu semua ni. hehe. :D

TERIMA KASIH .

Monday 21 March 2011

4 Langkah Penting Menjaga Rambut Yang Diwarnakan

Hi Hello Mello !

Meh sini dekat dekat rapat rapat , kakak Mimi nak bagi tips ni. mari sini . hehe :) siapa yng warnakan rambut macam kakak Mimi ni, ikut lah tips kakak ni ye. Amboii , kakak gitu . haha :D

 PERTAMA :
  • Bersihkan dengan syampu berumusan menjaga warna kerana ia membantu mengunci molekul warna. Tuangkan dengan anggaran sebesar syiling 50sen, urutkan pada kulit kepala dan bilas secepat mungkin.
KEDUA :
  • Rapikan dengan perapi yang trut berumusan melindungi warna yang selalunya melembap dan mengandungi perlindungan UV. Lepas bilas, elak rambut daripada terkena air lagi
KETIGA :
  • Lembapkan rambut dengan pupur dua kali seminggu. Lebih kering rambut korang, lebih cepatlah warna pudar. Sediakan rambut korang dengan berpupur seminggu sebelum korang warnakannya .
KEEMPAT :
  • Gayakan rambut dengan meggunakan produk berpelindungan haba. Haba dari pengering, pengikal atau pelurus rambut akan membuat kutikel dan melunturkan warna.


ini sahajalah kakak Mimi boleh bagi tips . TERIMA KASIH :)

Sunday 20 March 2011

AWESOME ♥♥

Hai Hello !

Nak cerita pasal FIXXIE . tahu kan ? alaa, basikal yang smart colorful tu. tahu kan kan. haha . macam macam budak2 zaman sekarang ni kan. prghhh! aku memang mengidam betul basikal tu. SMART gila wehh. dah lah smart, gila pulak tu . haiyaa ! semat smart lahh wehh! mahal tu basikal fixxie ni, tengok macam tah hape hape je kan. tapi harganya RM3000++ okay. kalau pandai jaga memang berbaloi lah kan. Banyak kelebihan Fixxie ni. jimat minyak, relax je . eyyy , jealous ni. haha . Nah aku tunjuk gambar Fixxie ni ye. Tengok lah puas puas ye kawan kawan :)


WHATTHESEEE ! cantik kann. berkilau kilau mata aku tengok. color putih pulak tu. hee :)

Bosan :(


Hai Hello !

Hari ni saya nak mengumumkan hari bosan sedunia !! nak tahu sebab sebab nya ? meh sini kita perdengarkan cerita saya :)

sebab PERTAMA :
  • TAK BOLEH ONLINE FACEBOOK :(
sebab KEDUA :
  • DUDUK RUMAH , TENGOK TV , TAKDA CERITA BEST !
sebab KETIGA :
  • TAKDA MOOD :(
sebab KEEMPAT :
  • KREDIT HP TAKDA .
sebab KELIMA :
  • AHAD , TAKDA CERITA BEST !!
sebab KEENAM :
  • LAPAR :(

ITU SAHAJA NAK CERITA . BOSAN SANGATT ! 

Miaww Miaww ♥♥♥


Hai Hello :)

Mari sini dekat dekat cepat cepat. amboii Title saya kali ini . MIAWW gituu . menggedik lah mimiey ni. "suka hati aku lah nak gedik dkt sini, blog aku bukan blog kau. so , DIAM" haha . tiba tiba kan nak mengamok .

Mari sini aku nak cerita pasal miaw miaw saya, Upin . kucing kesayangan saya dan keluarga saya lah . tengok lah gambar diatas . comel kan . maaf lah kalau tak nampak sangat . dia hitam manis. haha . gelap . namanya UPIN . bukan upin dan ipin itu ye. ini UPIN si hitam manis. haha . comel kan kan. tak nampak muka dia sebab ape ? dia hitam. haha . tengok lah cara dia tidur tu . posing manja gitu kan ! haha .

Ada lagi ni, umur dia baru 1tahun ++bulan lah. mama kata umur sebegitu bagi kucing bermakna sudah tua kan. tapi takpe. dia sihat. yang aku geram pasal kucing upin ini. dia suka gaduh gaduh dan gaduh. haihh ! gengster sangat. dia jantan mungkin gaduh pasal betina dekat sebelah rumah tu lah ye. biasalah kucing pun sama je dengan manusia. lelaki pun ada gaduh pasal perempuan kan. haaa! sama lah tu. Lagi satu ni ha, kalau upin ni lapar. prghh! macam nak makan orang. dia punya miaww kemain panjang sampai 8harkat agaknya. haha . dia ni mengada-ngada macam tuan dia jugak . suka gesel gesel kepala dia dekat kaki orang, itu tandanya lapar atau nak manja. GEDIK kan . haha .

itu sajalah nak cerita tentang kucing hitam manis yang dikasi nama UPIN ini . Terima Kasih :)

hmm :(


Hai Hello Assalamualaikum, nak story ni :(

aku taktahu apa masalah kau dengan aku. kau asik carik pasal je . macam aku ada buat salah dengan kau sampai MATI kan. haih. cakap sikit je salah . tu salah ni salah . ape yang betul ? KAU ? hmm . kau ingat kau ape ? MALAIKAT ke hah? kau ingat aku bodoh ke hah. ape lah masalah kau ni. hubungan kita terus dengan masalah je . pening kepala aku. aku dah banyak kali minta clash dengan kau. tahu pulak minta maaf ke hape ke. bila aku minta kau taknak lah hape lah . haishh! aku kemain lah setia dengan kau memanjang, ada kau caya ? TAK PERNAH kan . pfftt !

P/S kalau dah muak dengan aku, bagitahu lah awal awal. jangan nak mengamok macam kena rasuk setan tahuu! hmm . bye .

Saturday 19 March 2011

Study Study Study :)

 hai helo

seperti yang korang baca title aku kali ni, study . next week exam MIDTERM saya bermula. entah kenapa rasa malas sangat nak buka buku, membaca dan mentelaah. tapi saya nak lulus MESTI HARUS WAJIB baca kan. jali suruh aku buat revision. aku buat lah selama sejam lebih tak sampai 2jam. kejap kan. dari pukul 8.30 - 9.45malam macam tu lah. takpa . asalkan aku faham apa aku baca . jali ? tak kenal ? dialah cinta hati saya :) awak suruh buat , saya buat jugak kan revision itu.

tapi sebenarnya dia dah bagitahu aku awal awal. aku kena buat revision malam ni dah jangan online FACEBOOK. tapi aku ingat dia tak marah. aku pun on lah fb aku. comment comment lah dengan semua. tapi semua perempuan okay. bukannya aku gatal. haih. aku taktahu apa masalah dia. dia tak percaya aku, tak pernah langsung . beginilah jadinya. haih. bia je la kan. LUMRAH orang bercinta. hmm.

continue pasal revision tadi tu. aku study sekejap subjek FOOD SANITATION. poning kepalo den baca. bahasa english memanjang. untuk pengetahuan kawan kawan sekalian, aku bukan lah tak pandai english. pandai lah jugak tapi tak sangat lah ye. meh nak kongsi sikit . subjek ni pasal bacteria dekat restaurant, kedai mamak dan segala kedai makanan laaa. segala makanan terdedah begitu sahaja, lalat akan hinggap dengan kaki dia yang penuh dengan bacteria, najis. yelaa, mana kita tahu sebelum tu dia hinggap dekat tempat buang sampah ke, ape ke yang kotor kotor kan. yes! lalat memang pengotor! HAHA tiba tiba pula ye. bukan itu saja, ada lah ni. hee. kita kena tengok keadaan kedai atau restaurant dan sebagainya, kalau kotor sangat itu. memang wajib dapat GRED C atau D lah tu. nak tahu dekat mana yang selalu kotor ? mula mula TANDAS kemudian DAPUR selepas itu sekeliling kedai tu. tapi tak semua kedai kotor. dekat Malaysia ni banyak sangat kedai makan, tak terkira kan. So, harap korang boleh bezakan kedai yang bersih dan kurang bersih :)

Terima Kasih kerana Membaca :D

BOKEH :)

terima kasih kepada sis ZASKIA a.k.a CIK KIA kita ni. sekarang aku dah pandai edit bokeh bekeh ni. tak tahu ape itu bokeh? ini dia :)

cantik kan warna warna di atas. warna warni gituu ! itulah bokeh namanya. dah lama aku tengok dan tahu bokeh ini cuma tak reti nak buat saja. then sekarang aku dah pandai, reti. bertambah banyak ilmu mengedit gambar aku. haha . asik mengedit je la kerja aku. bila nak study pun tak tahu. minggu depan MIDTERM tu. aduhyaii! terasa malas nak bukak buku, mata ni gatal nak menghadap laptop je. haha . meh kita salahkan mata. mengada-ngada. haha . gedik youu ! terima kasih sekali lagi lah pada TUTORIAL ZASKIA pasal bokeh ini. nak tahu lebih lanjut ? layari lah yourvinylmonster.blogspot.com. tuan empunya blog ini CIK KIA . comel kan. haha . ini lah gambar BOKEH yang telah aku edit sementara tadi :)

cantik tak ? cakap lah cantik ye. haha . bye bye :)

Wanita Bersanggul Tinggi ?

 
assalamualaikum dan HAI :)

mesti korang semua pernah tengok gambar di atas ni kan? sekarang sedang hangat isu orang ckp sana sini, dekat facebook pun ramai yang tag kawan-kawan untuk dikongsikan bersama.

isu ni bagai dipanah petir kejap sebab memang ramai awek cun yang bersanggul tinggi diluar sana mcm tersentap dan terus sedar "ohh,sanggul tinggi tak boleh sebenarnya". mcm biase lah kan, bila tengah hangat semua mcm tersentap dan tak buat benda tu. bila dah reda sikit isu ni, ramai pulak yang buat lagi. tiba tiba hati kecil terdetik untuk google tentang "isu bersanggul tinggi" dan bila click click click. akhirnya terbaca lah pasal ustaz ni ckp tentang isu bersanggul tinggi ni .hehe ambil la masa sikit nak baca sebab lepasni takde la tertanya-tanya dah kan. macam macam yang baca. zaman sekarang ni dah ramai sangat buat sanggul tinggi ni ha smpai terpacak atas kepala tu haaa. apa lah nak jadi. so , kepada wanit bertudung di luar sana. jangan lah anda bersanggul tinggi lagi ye. dah baca terang terang dekat gambar di atas tu kan. terima kasih kerana meluangkan masa membaca mengenai ini :)

WONDERFULL ♥♥


And that’s when you realize he’s the boy your crazy for the one that makes you laugh on the worst days. He’s not perfect, but neither are you sometimes hes dorky, but he’s your dork. He kisses you in the rain and dances with no music even though he knows it cliche. He made you realize it is possible to have permanent butterflies every love song makes sense because of him, because he loves you, and you love him.

I LOVE HIM :)

Friday 18 March 2011

RAJA LAWAK MUSIM ke-5

hai hello mello !

Tahu kan raja lawak di astro PRIMA, mesti tahu punya lah. hehe . Tak boring Tak best . ala-ala gitu. boleh lahh. haha . tapi yang the best mmg pengacara rancangan ini lah. siapa lagi kalau bukan JOHAN dan ZIZAN. mereka mmg pak lawak lah. dorang lah JUARA. kalau mereka pengacara sumpah tak boring lah. haha. sukaaa ! yeayy . juara nya MAN atau nama sebenarnya ABD.RAHMAN  !! suka nyaa. anak dia comel lahh. dia memang terbaik lah raja lawak musim ini. tak lama lagi MAHARAJA LAWAK pula.

FINALIS RAJA LAWAK
JOHAN+ZIZAN= JOZAN the best :)
tu diaaa JUARA raja lawak musim ke-5. MAN atau nama dia ABD.RAHMAN
David Teoh+Baby Face+Afdlin Shauki = JURI :)


terima kasih :)

Tsunami dan Gempa di JEPUN

korang tahu tak yang sekarang ni jepun mengalami Tsunami yang sangat dasyat? takut pulak bila tengok gambar-gambar yg ade di dada akhbar.cewah, dada gituu. hehe. meh la kita usha gambar-gambar Tsunami yang berlaku dekat jepun ni. boleh jadikan iktibar yang kita perlu bersyukur kita duduk dekat Malaysia aman damai dan belum lagi berlaku bencana alam yang sangat dasyat macam ni.

Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.
Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

TERIMA KASIH :)

WANNA be like this .

sweet kan mereka dua ni. ini lah couple paling panas dekat us sana. ZAC EFRON dan VANESSA HUDGENS. Mesti korang kenal kan mereka dua ni. comel dan sweet sangat lah. aku suka tengok mereka dua ni berlakon . real je kan . yela . pasangan tengah hangat bercinta lah katakan . haha :D

♥♥♥

semalam takda kelas . So, aku plan nak keluar lah dengan Cinta Hati saya JALI and adik gemuk saya AJMAL . dia sibuk sangat nak beli kasut impian dia tu. tengok ramai sgt pakai lagi tak sabar lah dia beli kan. ini lah aktiviti saya semalam. berjalan berjalan dan berjalan :) banyak jugak duit melayang. yela , makan beli barang makan beli barang. siapa tak suka SHOPPING ye. perempuan lah katakan . SHOPPINGG !! haha . aku memang pantang tengok barang cantik-cantik dan pelik-pelik. hee. kami banyak buat aktiviti yang memenatkan seperti main bowling, memanah dan berjalan. penat wehh. hee. ini lah aktiviti saya.
Bangun tidur, lepak-ing , tengok tv dan msj kekasih saya. AWWW  :) then siap, dandan cantik2, tunggu babah siap(sebab nak hantar kitorang) babah hantar smpai CEMPAKA, tunggu tren dan turun dkt HANGTUAH, jalan kaki selama 10minit macam tu lah ye dari hangtuah ke times square. carik kasut adik aku iaitu SUPRA. penat mencari akhirnya jumpa jugakk. mahal tu . SUPRA = RM150 . prghh! kalau shopping tu dpat bnyak barang tu. haha .then jalan2 lah cari barang lagi . macam2 beli tadi. then pergi main BOWLING satu game dulu. tahu siapa menang ? saya lah. saya lahh . sayaa !! haha :D then dah puas main kami pergi makan di MCDonald. makan lah puas2 ye. dah makan kenyang-kenyang pergi jalan2 cari barang lagi. saja jalan-jalan je. ponat. haha. penat sgt berjalan mereka nak main memanah itu pulak, baru bukak dekat sebelah bowling itu. semuanya dalam times square. macam macam ada :) mereka pun main lah memanah tu, aku tak main. tak reti lah aku nak main benda tu. da habis 12kali seorang. penat. relax kejap duduk2 . then mereka nak main bowling lagi. prghh! tak reti penat ke. tapi aku pu join ler, main bowling jugak. haha . aku menang jugak. yeayy! TERER kan saya main. aww. ada berani lawan dgn saya? haha . belagak weh :D aku nak pergi sungai wang, BB. nak jumpa ekaa and syira. pergi lah . then lepak-ing makan KFC lagi tu . penat kan , saik makan je. patut lah badan gemm. HAHA. makan-makan kejap then pergi jumpa eka dekat KTV BB. tahu kan. alaa, tempat karaoke tu. hee. aku dan jali nak pergi karaoke lepas tu dkt BINTANG GEMILANG, pandan indah. adik aku? dia ikut je. haha . tapi semua dah penat letih berjalan. lastly, kitorang balik lah around pukul 4. ini gambar kami. dipersilakan :)

maaf lah ye , gambar saya tak banyak sangat sebab sayalah yang jadi photographer mereka ini :)

Wednesday 16 March 2011

HAHA :D

tadi masa dalam tren adalah terjumpa seorang akak a.k.a macik lah dikatakan. dia panggil2 aku. takut weh, cuak gila tadi. ingatkan dia nak tnye aku bali baju itu dkt mana sbb baju aku pakai tu boleh dikatakan seksi lah juga ye. rupanya dia nak tanya aku nak kerja tak. gilo hape. cepat jela aku cakap tengah study. haiyoo. then dia pun cerita lah pasal tempat kerja dia tu . panjang lebar dia cerita. aku pun jadi tukang dengar ler. muka macik tu pun macam SCARYY je , cuak gak. hari ini ada kelas english Drama and Role Play. choyy! macam amik course broadcasting film je kan . haha . tapi best sgt lah and kelakar gila tadi. dub dab dub dab aku baca dialog tadi. mengigil wehh. haha . kami berlakon iklan produk Shampoo. My company is SHINE.sdn.bhd. walawehh !! haha . kelas english tu hari ni dan esok. tapi lecture cancel esok, yeayy! saya sukaa. esok adik aku nak pergi kl pulak cari kasut SUPRA dia tu . hape lagi, amik kesempatan lah aku nak main bowling. tak puas main bowling dgn student KLMU hari tu.

terima kasih :)

ini lah yang terjadi bila Mimiey anak Pak Zaini kebosanan :)

hari memang best . tadi kelas food&beverages cancel last minute. aku taktahu . then kawan-kawan aku pun plan lah nak discuss pasal assignment kami esok . kena berlakon buat iklan. gembira sangat lah practice berlakon tadi dgn semua group saya. mimi afiza, noreen natasha, lorensia, farah and ben . mesti korang dah muak baca nama mereka ini kan. haha . tapi mereka ini memang TERBAIK lah wehh.  LAPTOP saya sudah dibaiki . yeayy ! lappy saya sudah elok. haaa. suka jugak kan . macam baru beli gitu. aww. esok kena buat presentation pasal product kami iaitu shampoo. nanti kami record . aku upload bagi korang tengok ye. suatu hari tu aku bosan teramat lah sgt . ni sajalah gambar yang aku snap guna webcam. bosan tahap jibon lahh. haha :D
ini lah dia gambar saya yang agak SS tu. tahu ape maksud saya ? Syok Sendiri lah :)