Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 28 February 2012

Kl - Melaka - Jom Heboh - Melaka - Kl :)

Hai Assalamualaikum ,
Weeee , hari sabtu dan ahad perjalanan yang panjang sangat bagi Kami . Eh ! Bukan aku dengan boypreng yee . Kalini dengan gegirl akuuu , bestfriends forever lah katakan . Berjalan sakan lah kan kami sabtu dan ahad kelmarin. Plan pergi Jom Heboh dekat MITC Ayer Keroh , Melaka. Alang-2 tu jengjalan sekali yee dekat Melaka . Tidur semalam dkt Melaka . Aku pergi dengan Geng Gegirl aku . Mimi Afiza, Kecik , Eiyaa , Fai . Sorang kena tinggal sebab kerja , Eyra . Kesian . Lagipun tak muat kereta . Takpa lah sayang . Nanti kita plan yaww :) Okay nak cerita panjanggggg ni. Ktipu ! Hee :)

Kitorang gerak dari KL pagi sabtu around pkul 12lebih kot . Tak sure lah then terus je ke Melaka . Berhenti dkt RnR Nilai , makan . Perut laparrr gilaaa . Okay dah makan, terus kan perjalanan terus pergi ke Jom Heboh , Ayer Keroh . Walawehh , sampai dkt Jom Heboh pkul 3 kot . Panas tersangat sangat lah time tuu . Alahai , memang hitam lah kan wa cakap lu. Takpe lah , bukannya selalu . Heee , sekali tengok berbelang wokkk . Hewhew :) Hape lagi , dah sampai jom heboh tu usha Artis lerr . Rugi lah kalau tak usha artis kan. Sekali tengok ada Nabila Huda , Kamal Adli and Eka Af dan Aiman Hakim Redza . Handsome gilaaaaa Aiman tuuu, tahu tak Aiman tu sapa ? alaaa , Amir dalam Vanilla Cokelat yang sweet gilo tuu . Wow ! Face to face , eyes to eyes woii . Ktipu ! Hahaha . Seriously dia handsome gilaaaa bhai *Nanti tgk gmbr ye. Kamal Adli pun handsome wooo , biasa lah retisss kan. Nabila Huda cun woo and sempoi gilaa . Tak sombong langsung . Kepala gila jugak rupanya .









Okayy dah penat jalan-2 dkt Jom Heboh balik rumah lah . Kitorang tidur rumah abang kecik . Alang-2 abang dia takda dkt rumah . kitorang buat macam rumah sendiri lah. Tidur terlentang ke tertonggeng ke tergolek ke PUN BOLEH . Hihi. Balik rumah mandi-2 , baring-2 , tengok tv and buat kecoh kejap . Dah siap nk keluar makan and nak jalan-2 dkt Dataran Pahlawan tu . Keluar lahh jalan-2 time tu pulak ada show kereta apa entah . aku pun taktahu . hewhew :) Memang gempak gilaaa lah . Dah penat berjalan, balik tidur la apa lagi :)







Okay, hari last dekat Melaka . Pergi jalan-2 sekitar Melaka . Pergi Taman Buaya lah, main Go, naik kereta Lembu lah . Walaweh , bau nya wangi betul . Hihi :) Berjalan sakan lah time tuu sampai tak cukup kaki nak jalan . Seriously penat gilaaa okeng . Lagipun time tu tengah hujan renyai-2. Memang best lah kan . hehe. Pengalaman naik lembu tu aku tak boleh lupa , dah macam nak tecabut kereta lembu tu dahh . Errr , takut :/ Dah puas jalan-2 dekat Melaka . Masa untuk balik KL . Yeay ! Memang penat tersangat lah berjalan sakan dekat Melaka tu. Hape lagi semua tidur lah kepenatan dalam kereta . Mimi je tak tidur sebab dia drive kan . Kesian dia penat gilaa . Berhenti dkt RnR Nilai makan Nasi Lemak Power tempat yang selalu family aku pergi . Memang best gilaaa lah . Sampai 2pinggan aku tibai , terbaik ! Hujan pulak , memang lapar lah kan. hee . Dah sampai KL , hantar Eiyaa dkt KTM Bank Negara sbb dia nk balik Sungai Buloh . Kitorang pun paln pergi Dataran Merdeka . Tangkap gambar dekat sana . Cantik wooo banggunan tu dia bertukar-2 warna . KJakun ! Haha , memang lahh . dah lama tak tengok Dataran Merdeka waktu malam . Jakun kejap . hihi . Tangkap-2 gambar ler hape lagi . Memang tak reti penat lah kitorang kan . Takpa , selagi boleh berjalan kita berjalan . Hewhewhew :) Dah puas pergi dataran , balik rumah lah apa lagi . Sumpah penat gilaaa tapi seriously enjoy sangattt ^_^














Okay dah , itu sahaja aktiviti aku sabtu and ahad lepas .Hope korang suka baca entri ni . LOVE :)

Friday 24 February 2012

New hair new look :)


Hai Assalamualaikum ,
Aku potong rambut depan dah macam rambut PAPAN . Straight depan jeee . Err , kdg-2 tengok ok kadang-2 tak . Sangat menyesal sebenarnya sbb potong rambut ni .Alahai , tunggu je la panjang balik . Mengharap lah nak tunggu rambut panjang . Lagi satuuu , nampak gemok lah aku buat rambut depan cenggitu . Hm . Gemuk sangat okay . Ini tak boleh terima ni . sabar je lah rambut panjang. Err :/

Monday 20 February 2012

Bila kita sayang seseorang ,

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita tunggu dia lama pun takpa. Tp bila dia tnggu kita ? dia marah-2. Hati kata "ala, adatlah ada yang menunggu and ditunggu"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita tak tido pun takpa lyn dia yg tgh bosan .Tp bila kita bosan? Ada dia layan kita ? Hati kata "takpa dia busy kot"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kalau kita gaduh dgn dia , kita diam je . Tp dia heboh 1dunia. Hati kata "takpa, dia tension tu"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita call nak ckp ngan dia. Tp dia pulak tak jawab phone. Bila jd macamtu , hati kata "takpa nk buat cemana dah nasib"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita bercerita dgn dia ibarat cerita dgn tunggul. Tp bila dia bercerita ngan kita, kita dgr. Sepatah-2 kita ingat. Hati kata "takpa, sayang la katakan"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita sanggup bg dia rest bila dia letih. Tp bila kita letih, dia suruh jugak kita lyn dia bila dia bosan. Adil ker ? Hati kata "ala bukan selalu pun"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita jadi macam orang gila bila dengar dia sakit. Tp bila kita sakit, dia siap keluar dgn kwn-2 dia meraikan hari kesakitan kita. Hati kata "ala takpa , takkan dia nak berkepit ngan kita 24 jam"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita x pernah pentingkan diri sendiri. Tp dia hipokrit tahap gaban. Hati kata "takpa, dia mmg mcmtu kena lah terima"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita syg nk tinggalkan dia slama-2 nya. Tp dia taktahu kita berdepan dgn maut. Walaupun kita sakit, dia kata kat kita , sakit biasa-2 je, jgn nk mengarut. Hati kata "cemana lah dia bila kita takda, mesti dia happy"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita tak sanggup tgk dia derita. Tp dia tak pernah hargai diri kita. Hati kata "Tau tak betapa kita sayang kan dia ?"

  • BILA KITA SAYANG ORANG TU, kita sanggup tinggalkan dia selama-2nya untuk dia bahagia. Tp adakah dia tahu pengorbanan yg kita lakukan itu ? ^_^

Friday 17 February 2012

Taj Mahal senget !


Hai Assalamualaikum , 

Scary benor bila aku tahu Taj Mahal senget . Homaingai ! Terkejut aku . Aku baru tahu . Sorry lah baru update sbb aku baru tahu benda ni masa lecturer ckp dlm kelas tadi . hewhewhew :) Dah lama rupanya eh . hee , takpa . Asalkan aku tahu. Loading lama sikit . hee :D 

Dari sumber sumber yang benar berkata :

Selepas menara jam big ben di London dilaporkan senget, 
kali ini Taj Mahal pulak dilaporkan mengalami perkara yang sama.

Satu daripada 4 menara Taj Mahal dilapor senget 4 sentimeter.
Ia dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air.
Keadaan itu sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.
Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.
Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa. 
Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.
Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.
Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter, bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya.

Monday 13 February 2012

Ber-Mandi Manda at Sungai Gabai :)

Hai Assalamualaikum,

Hai hello hui hey ! Entri kali ini nak storry morry pasal semalam . Semalam tak sempat nak update blog, tu yang nak cerita hari ni . Boleh kannn ? Muehehe :) Okayy , semalam plan nak ke Sungai Gabai, Hulu Langat . Tahu tak tahu tak ? Tipu lah kalau taktahu . Lempang karang ! Kgedik . Biasa lah kalau keluar aku dengan Encik boypreng , kawan-2 baik aku , kawan Zhafran . Ramai gilaa okay . Tak sangka dia bawak sampai 7orang padat dlm satu kereta .

Firstly , Plan baik punyaa sampai dekat rumah aku pukul 9 . Sebab rumah aku dkt Ampang so dah dekat sangat-2 lah nak pergi Sungai Gabai tu. Tapi plan je lebih biasalah JANJI MELAYU mana boleh datang tepat masa kann. Lambat 2jam okay ! Yang pergi mandi tu kawan aku 2orang , Mimi dgn Kecik . So , kami 3orang je Gegirl . Yang 7orang lagi Boboi ialah Zhafran, Paan , Wan , Caber , Palat , Dojey , lagi sorang lupa nama lah . Hewhewhew :) Nasib semua kawan dia satu kepala . Boleh masuk lah , kepala gilaa kan . So memang happening habis lah kann . Kepala pulak gila gilaa semuanyaa , terbaik lah :)

Then , awal-2 dah plan nak bawak makanan . Yela dah mandi-2 confirm-2 lah perut lapar kan . So , kami bwk lah makanan . Yang penting keropok-2 memang banyak gilaaa budak-2 laki ni beli . Hahah . Pelahap ke apa . hee , okay lah tu . Banyak-2 pun habis kan , memang semua kebulur lah cerita nyaa . Dah tahu dah . hewhew :) Lagi-2 ada 2orang badan COMEL . Memang laaaaa ! Hihi *JANGAN MARAH :p Dah sampai sana mandi je laa apa lagi kan . Mandi berendam puas-2 . Taktahu nk cerita apa dah . Tengok jela gambar yoo . Malas nak cerita . Yang penting , best gilaaa okay dengan korang . Walaupun baru first time Jumpa and kenal kan ? Tapi korang memang best lahh wokkkk ! Hehe . Kdah . Tengok gmbr and ada video gedik sikit . Byeee :)















Banyak pulak upload gmbr dkt sini . Hewhewhew . Selebihnya ada dkt FB yee :) Enjoy dengan korang okayy . Nanti kita plan lagi ye . Choww :D

Friday 10 February 2012

I know im Cute right ? Haha :D

Hai Assalamualaikum ,

Woahhh ! See at my title .Tengok lah betapa SYOK SENDIRI nyaa aku ni. Muehehe :D Harini takda kerja . Lepas balik college , terus online update blog . Tunggu Encik Boypreng msg tapi tak msg and call . kesiannyaa :/ Ok takpe . hehe. Dah taktahu nk buat apa lagi . Mula lah mengedik snap-2 pic sendiri . Syok sendiri kejap . Tiba-2 macam teringin nak snap picture pakai speck. Mengedik kejap . Muehehe . Malas nak cerita panjang . Ini je gambar nyaa :)




Okay , sorry la kalau muka aku buat korang rasa macam nak lempang lempang . Hewhewhew :) Saya tahu saya Cantik *MENYAMPAH AKU . Ktipu :) Dan yang pasti aku tak sesuai pakai spec. Terima kasih ^_^

Voucher Buku 1 Malaysia :)


Hai Assalamualaikum , 

Weeeee , tadi sesi amik voucher buku dkt College . Kerajaan kita kan KAYO. Hewehewhew :) Tapi nak amik benda alah ni kena lah beratur panjang . Biasa lah KLMU . Kalau tak beratur bukan Kelemu namanyaa . Hehe . Student klmu je yang tahu yee . Hee :P Finally , dapat jugak voucher ni . Apa lagi , shopping buku lah kannnn . Selalu shopping benda lain sekArang shopping buku . Yukkk ! Hewhew :) Excited gilaaa aku dpt voucher ni macam dapat duit . Hehe . Lantak , asal kan aku dah dapat . Nak beli Novel , Stationery , Dictionary and the important things MAGAZINE . Weeee :D Kbai. 

Thursday 9 February 2012

Two Month with Zhafran :)

Hai Assalamualaikum ,

9 february 2012 - tarikh kami. Sayangggggggg ! Happy Anniversary okeyyy . I'm sorry if i selalu buat masalah and buat you tension pasal i . Kan ? *MUKASEDIH :/ I hope our relationship kekal lama okay . Mcm i ckp dkt you "selagi you tak buat hal, selagi tu i okay" Okay biy. LOVE :*

Monday 6 February 2012

11Month ♥

Hai Assalamualaikum ,

Nak cerita nak cerita , blog saya dah 11bulan . Walawehh! Lama kannn . Muehehe :) Dah gemuk dah isi blog itew . 2011 kemain banyak lagi aku update post . Sekarang mcm malas je nk post kan kan kan ? Hewhewhew :) Takpe . Nanti aku post bebanyak ye . Kbai ^_^

Merepek melalut punya post kali ni.

Sunday 5 February 2012

Port Dickson :)

Hai Assalamualaikum ,

Hai kawan-2 . Muehehe :) Cuti Maulidur rasul dengan Thaipusam ni family plan nak pergi PD dengan sedara-2 lain . Hee . Nak cerita lah ni . Harini hari kedua dekat PD . Semalam Sabtu sampai PD , stay sini sampai Hari Isnin. Tiga hari okayy babyy. Mandi lah puas-2 sampai hitam legam ye . mesti omeyy . Hewhewhew :D Smlm sampai around pkul 4 kot tapi petang lah . Lepak-2 je dulu . Yang pergi tiga Family, Adik beradik sebelah mama . Family Paktih , Ibu and family aku . Hee :D Biasa lah tempat dkt PNB Ilham , Port Dickson.

Semalam jalan-2 dkt laut and pool. Cuci-cuci mata bhai aku . hehehe :D Awww , ramai handsome wooo . Ktipu . Harini mandi and cuci mata lagi . Auummm , takpe . cuci mata pun . I ada Mr.Bean okayy . Miaw :) Hewhew :* Klaaa , malas nak cerita lagi . Nanti update lagi yee . Gambar sikit je. Malas nk upload . Hee :D


Friday 3 February 2012

I'm Aries . So , watch out !

What it's like to date an Aries Woman:

Dating an Aries never lacks excitement. She is hot-blooded, and forceful, so you had better be able to handle the heat! The Aries woman is for the person who likes an independent self-driven woman who can fend for herself and is not clingy and needy. An Aries woman requires freedom. For the Aries woman, the best part of the relationship is the beginning, then the spark is there and she is trying to catch you to be hers. She will find happiness in a long-term relationship because she enjoys sharing everything with her partner. She will not only have a romantic partner but a best friend too. She has a great need for love and passion but she will never let a man become the master, she considers her partner to be equal. Aries women are not for domineering men. She will be faithful but she expects the same in return. She can be jealous because she wants a man to give her all of his attention, "all or nothing", so her jealously is rooted in her possessiveness, she has to be number one in his eyes. She will always encourage and give strength to her partner so an Aries woman is great to have in times of despair or need, she will always be there for you. In order to have this happy ending, she needs to feel appreciated and loved.

How To Attract Aries:

Let Aries know that you admire them, they thrive of admiration and followers. Let them know that you love their zest for life and that you find them intriguing, they love compliments more then most other astrology signs of the zodiac. Compliment them physically and mentally, they like conversation about intellectual topics and engage them in a lively discussion, or a friendly debate. They love the challenge and the stimulation of good, intelligent conversation. Ask them for advice, let them know that you look up to them. Remember, Aries is the first sign of the zodiac and the most forward and independent, they love followers. Do not be a push over, do not keep your opinions to yourself because Aries will quickly get bored if you agree with everything they say. Do not attempt to control them however, they do not like taking orders. Aries are very capable people so if you go with their plans, you are sure to have a good time! If they have a suggestion for something to do, go with the flow, they like to be in control of what goes on.

Aries Strength Keywords:

-Independent
- Generous
- Optimistic
- Enthusiastic
- Courageous

Aries Weakness Keywords:

- Moody
- Short tempered
- Self-involved
- Impulsive
- Impatient

Hafalan Shalat Delisa :)


Hai Assalamualaikum , 

Entri ni untuk cerita Indonesia, Hafalan Shalat Delisa . Ya Allah, best gilaaa cerita ni . Boleh dikatakan kalah Ombak Rindu lah . Seriously aku menangis sangat-2 bila tengok cerita ni . Wayang ? Eh tak ! Aku tengok dkt Youtube je . Takda masa nak pergi wayang . hewhewhew . Korang tengok lah cerita ni . Sangat sedih dan mengayat hati tersangat . Aku banyak kali nangis dalam part-2 tertentu . Kalau nak dikatakan Ombak Rindu dengan Hafalan Shalat Delisa ni . Aku bg point lebih lah dekat cerita Hafalan Shalat Delisa . Sorry to say lah , seriously best . Bukan puji ehh , ini betul-2 . Ta percaya ? tengok lah sendiri , menangis lah korang . Hayati lah betul-2 cerita ni. Lepas tu bgtahu aku perasaan korang . okay ? Hehehe :D 

Walaupun cerita Indonesia tapi cerita ini pengajaran. Bukan nak kata apa lahh . Cerita ni melebih kan ketabahan seorang budak kecil bernama Delisa . Tsunami melanda di Aceh dan dia kehilangan adik beradik dia , Fatimah , Aisyah and Zahra serta ibu kesayangannya . Dalam kejadian itu juga dia kehilangan sebelah kaki dia . Dia tabah hadapi segala nyaa , dia tetap tenang . Ya Allah , cerita yang sangat mengayat hati aku . Terlebih sedih dah ni. menangis-2 dalam bilik . Hehehe .Okayy lah . Nak kongsi movie apa yang aku tengok tadi . Ini pelakonnya :D Comel-2 and cantik semuanyaa .

Thursday 2 February 2012

Hello Februari :)



Hai Hello Hey Hoi Hui Hei ! Welcome Februari Goodbye Januari . Urghhh ! New month come again . FEBRUARI , please be nice with me okeng . I hope this month make more better than last month .