Daisypath Anniversary tickers

Friday 17 February 2012

Taj Mahal senget !


Hai Assalamualaikum , 

Scary benor bila aku tahu Taj Mahal senget . Homaingai ! Terkejut aku . Aku baru tahu . Sorry lah baru update sbb aku baru tahu benda ni masa lecturer ckp dlm kelas tadi . hewhewhew :) Dah lama rupanya eh . hee , takpa . Asalkan aku tahu. Loading lama sikit . hee :D 

Dari sumber sumber yang benar berkata :

Selepas menara jam big ben di London dilaporkan senget, 
kali ini Taj Mahal pulak dilaporkan mengalami perkara yang sama.

Satu daripada 4 menara Taj Mahal dilapor senget 4 sentimeter.
Ia dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air.
Keadaan itu sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.
Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.
Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa. 
Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.
Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.
Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter, bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya.