hai helo ,
meh sini cik mimiey nak kongsi cerita sama persis sebijik sejibik macam cik mimiey lah ye. hehe . kita sharing ye . sharing is caring kan . hamboi !! haha :) yukkk ! kali ni cik mimiey nak share tentang si chubby comel gebu nak kurus or sihat ye. tengok lah gambar tu. comel kan. aww. sukaa.
1. SARAPAN SETIAP PAGI
sebaiknya korang jangan lah lupa nak sarapan macam cik mimiey selalu buat. yela , asik bangun lambat je. hee. sarapan berguna untuk tubuh mendapatkan tenaga. tenaga yang diperoleh dari makanan akan digunakan badan setelah perut anda semalamam berada dalam keadaan kosong. kalau korang tak ikut ini, jadi badan korang akan lapar dan korang akan makan dua kali ganda dari sebelum ni.
2. PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT
pelbagai jenis makanan sihat boleh korang peroleh dalam pemakanan seharian . Antaranya, buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang mengandungi serat. serat akan membantu mengurangkan penyerapan lemak dan juga menurunkan risiko penyakit jantung koroner.
3. AKTIF SUKAN
sukan akan menpercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh badan kita . selain itu, dengan bersukan yang teratur, badan kita juga akan semakin segar. jadi, mudah saje kan untuk memiliki tubuh yang sihat dan segar? jangan terus membiarkan tubuh korang terus berisi seperti di pam-pam kerana bimbang ia boleh mengundang pelbagai penyakit pulak ye.
itu saje lah cik mimiey nak share dengan korang , kalau korang ikut 100% confirm boleh menurunkan berat badan korang . insyaAllah . selamat mencuba :)