Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 23 April 2011

Good Bye BoyFriend Good Bye Cell Phone :)


hai hai ,
kali ni cik mimiey nak story macam macam lahh. hmm. takda mood.

okayy , cik mimiey baru je continue couple with jali. bf cik mimiey yang lamaa tu . then sekarang clash balik. macam pfftt je kan. hmm . sebab ape ? nak tahu ? tadi dia online . then dia nampak lah cik mimiey post status check in dekat KFC gune iphone. dia nak marah marah, cakap bukan bukan , nak maki hamun ape lahh. kalau dah tak caya tu , sampai mati pun awak tu takkan pecaya ok. faham?! hmm. bila masa lah pulak aku pergi KFC tu . hmm.  tak caya boleh tanye adik aku lahh , family. aku baru balik demam nak pergi kfc ape kejadahnya. hmm. tak faham betul lah dengan perangai lelaki . ingat perempuan nih ape? pakai buang macam lagu stacy tu ? kalau kau teringin nak, guna . kalau taknak , campak je dekat tong sampah. prghh! senang lenang je hati kau buat perempuan macam itu kan. hello ! perempuan pun ada perasaan okay bukan kau sorang je tahu perasaan. hmm. okayy . kau nak fikir sangat kan pasal minta couple balik dengan aku. fikir lah sampai bila bila. hmm. bengang lah aku dengan kau. ingat ! jangan pernah percayakan aku lagi ! FAHAM?! hmm. kbai.

so, disebabkan cik mimiey geram gilaaaa tesangattt lah gilaaaa. cik mimiey DEACTIVATE ACCOUNT facebook. dia LIKE wehh . sukaa sangat lah tuh aku taktahu dia comment dengan perempuan. hmm. ehhh mimiey, biar lah dia. kenapa fikir pasal dia. ada dia fikir pasal kau ? takda kan. sooo , STOP IT ! hmm. tengok lah . dua or tiga hari cik mimiey Deactivate Account lah. and and cik mimiey pun dah off Cell Phone. hmm. biar lah dia. if dia nak contact aku. pandai pandai lah dia nak buat macam mana. macam dia taktahu nombor rumah aku je kan. hmm .tapi boleh ke aku lupakan cellphone untuk dua hari ? oMg !!! haiyaaaa. gimana nihh ?!! haiyaaa. dah lahh. lupakan okayy . hmm. kbai :)

Thursday, 21 April 2011

Fever and Flu :(

walawehhh !
hari ini semua orang atau fanatik demam Justin Biebier. tapi hari ini cik mimiey demam mimiey biebier ! hee. geli betul dengar. menci menci menci lah demam nih. kenapa gedik sangat pulak nih ? sejak bila aku gune ayat M.E.N.C.I ? eyyy yuuuwww ! tak reti eja ke?! haih.tak suka betul demam then mesti dapat dengan pakej dia lagi iaitu selesema. prghh! memang sakit lah kan aku tenyeh hidung nih. haih.dah habis basah satu kain nihh macam baru lepas kena air hujan. lenjun. hahaha . hape lah cik mimiey bukak cerita pasal nih. eyyy !

seharian dekat kelas asik bersin bersin bersin dan bersin. aahhhhh chooooo ! kuat pulak tu bersin dalam kelas. bak kata noreen "bawak virus je pagi pagi tadi" heee. kecoh je minah kecik tu. mengada lah kau. dah nak terkeluar mana aku tahu. nanti terkeluar dari segi lain kang , bunyi nya lain lah pulak. hahaha. dah terlalu banyak sangat aku bersin, pening kepala aku. macam nak pecah jee. haih. nasib betul lah hari ni. nasib nasib. ayooo. tak terkata lah tentang pedihnya hidung akuuu . haihhh .

nasib baik lah hari ini kelas sampai pukul sebelas je. pukul sebelas sampai dua takda. haih . aku pergi jumpa lecture kejap tanye pasal part time tu then pergi makan pun still terbersin bersin. haih. pantang betul lahh. hmm . tak selera betul makan time bersin , menyembur sana menyembur sini tapi habis jugak. lapar woo. hehe . dah makan dah settle semua pukul dua macam tu, aku balik lah rumah . sampai rumah macam nak demam je aku . still bersin tak henti henti. haih. demam laaa aku. hmm . tak nak . ubatt ? oh tidakkk .


itu sajalah . penat dah menaip. kbai :)

Haluuuuu :)

hai hai ,

20APRIL 2011,
cik mimiey tak update blog tak online tak buat apa apa laa. sebab semalam tidur hostel kawan dekat setapak. malas nak bawak laptop. malas laaa nak online. so, lepaking je laaa dengan kawan. gosip semua laaa. hehe :) biasa lah cik mimiey kan ratu gosip. awwww :)

semalam ada kelas english, ada drama. biasa lah cik mimiey jadi lelaki. ada moustache taww. hee. cantik. hehe . hapee jeh. so , cik mimiey and the geng buat lah yang terbaik kan. kitorang biasa biasa je lahh. kalau power berlakon pulak nanti kena competition drama under classes . maluu wehh . haha . nasib baik, fuhh ! dah berlakon drama semua tu . pukul empat macam tu kelas dah habis. cik mimiey ikut lah noreen dengan mimi balik hostel. naik bas KLMU yang kedeeee tu . Leng Seng , lembab ya amat lahh gua katakan. prghh!

biasa lah orang naik bas. nampak je bas tu sampai kolej semua student berebut rebut termasuk lah aku. tak sangka aku berebut nak nik bas tuu. haha . kesiannya. aku naik bas tu agak agak baru pukul empat suku macam tu kot. nasib baik lah dapat tempat duduk kalau tak macam sardin lah naik bas tu. bas tu gerak pukul 5. berjanggut lah cik mimiey duduk dalam bas tu. panas pulak mak aihh ! tak terkato den. haiih. penat , panas, mengantuk tunggu bas gerak. pukul lima bas pun gerak . nasib baik petang itu bas tu bawak laju. india lah katakan driver nya. memang laju lah kan. rupanya tak da lah jauh sgt hostel mereka tu. aku baru tahu sbb aku bukan duduk hostel. hee . cantik jugak lahh. memang lah cantik, nak kata apartment ? kondominium ? tak sure lah . antara tu laa. aku ikut membe aku dua orang nih balik lah hostel diorang . sekali masuk . besar jugakk ohh. yelaa, macam rumah kan. jakun lah kau sekejap. haha :) sepah ? oh tidak . biasalah rumah perempuan kan.

dah masuk rumah tu aku lepak baring baring dalam bilik diorang. diorang amik yang bilik untuk dua orang punya. bagus la takda lah semak sangat. comel bilik diorang . banyak bearr ! semuanya milik MIMI AFIZA . haha . budak gilaa teddyy bear. hee . dah baring baring pukul enam tengok lah tv dekat depan. comel sangat . kecik je tv tuuu. sukaa . hehe :) sambil kitorang tengok tv , noreen masak lahh lauk. lapar lah pulak perut kitorang kan. nasib baik lah dia pandai masak kalau tak makan luar lah kitorang. haha . alaaa, masak yang biasa biasa je . anak dara lah katakan. bujangg. hehe . sedapp jugak di masak. kenyang lah jugak kitorang makan. hehe . then malam pulak plan nak makan luar. kitorang gelak gelak , baring , tengok tv then baru lah kitorang mandi. opss ! bukan mandi sama sama ye . noreen mandi dulu sebab mimi kata dia mandi lama. memang lama sangattt . haha :)

semua dah mandi wangi wangi siap siap. pukul sembilan keluar . nak pergi makan lah . hehe . hostel mereka lepas pukul 12 tak boleh masuk. kitorang lepak lepak semua lahh jalan jalan dekat area situ. tak perasan dah dekat pukul duabelas. hape lagi. kitorang bukak lah langkah seribu . lari selaju boleh. tapi cik mimiey mmg tak larat lah ye . see the body laaa. hehe . tak gemuk tak kurus. yang sedang sedang saja. heee :) nasib baik lah sempat masuk tepat pukul duabelas kot rasanya. tak perasan pulak. dah masuk rumah tu tergelak gelak habis lahh. sampai penat lah nak gelak. tibatiba perut lapar lagi. then noreen offer nak masak bubur ayam. so , hape lagii. nakk lah. dah lapar kann. dah lama macam tu. aku dengan mimi pun sampai terlelap lah kejap tunggu kecik masak. sekali makan sedap wehh . bubur ayam dia memang terbaik lah . dah lah masa sejuk tuu makan pulak bubur ayam panas. prghh! mengeliur guaaa . itu sajela nak cerita tentang semalam.

 Telur Dadar :)

 Sardin :)

 Sayur Kobis Ikan Bilis 

 Ayam Goreng 

makan tengah malam, Bubur Ayam :)

ni lah gambar masakan noreen. terima kasih Kecik, sedap kau masak. haha . beras mahal tuu :)

Monday, 18 April 2011

HAHA ♥♥


Hai Hello !
okayy , hari ini hari yang kelakar bagi aku okaay  korang tak suke ? peduli ape aku ?! haha . tiba tiba cik mimiey emo pulak ye . hehe  nih lah cik mimiey nak cerita nih. yukkk kita dengar ye :)

SATU :

haaa , ini lah nak cerita. tadi cik mimiey ada kelas pukul2 sampai 5. tapi kelas tu ada Pop Quiz. so , kejap je laaaa. nak dijadikan cerita . sepatutnya Pop Quiz tak boleh meniru, mengcopy cat, menengok, meninjau dan segalaa me... lagi lah ye. hehe . tapi kitorang yang duduk belakangggg sekali. meniru lahh , share share jawapan lah kami. haha. selamba je , ek elehh, bukan kitorang je yang meniru ramai lagi rupanyaaa. siap berbncang lagi taww. haha :D dah jawab semua. tapi tak jawab semua lah . ada lahh sikit tak jawab. yeee laaa lecture bagi limabelas minit je nak jawap. ingat ROBOT ?! hehe . masa pun habis lahh, lecture kutip. then dia bagi lahh kertas kitorang semua dekat student yang depann sekali. sekalii diorang tengok, jawapan sama je empat orang nih. memang meniru lah kan. hehe . takpe. lagi pun bukannya masuk  markah exam ke ape. just quiz . hee .

DUA :

okayyy , yang nih pulak time nak balik. dah habis kelas macam tu eiyaa ajak lah pergi jumpa lecture dia dekat Blok C bilik PH. bilik lecture lah tu okay. taktahu . DIAM. hee . pergi punya lah pergi. samapi dekat bilik lecture itu, tnye lah eiyaa lecture ape dia nak jumpa. cik mimiey dengar dia cakap Lim Khor Shin. so, aku cakap lah aku pun student dia. eiyaa call lah lecture tu dia keluar kejap. tunggu lah dekat kerusi luar. then lecture dah sampai . eiyaa kata itu lah lecture aku. sekali pandang. makk aihhh! salah orang rupanya. mati mati aku ingat lecture aku . rupanya lain sesangat. nama lecture itu pun lain. aku salah dengar . ya allah! malu nya akuu. ahha . eiyaa tergelak gelak. siot je . dah jumpa lecture itu pulak, balik lahh. time nak balik pergi Blok A tu aku tersandung lah kaki dengan kaki eiyaa. nasib baik tak jatuh, tak ada orang dan segala takk lah. haha, kalau tak malu gilaaa aku wehh. nak letak mana muka yang COMEL ini. haha :)

TIGA :

okayy , ini paling kelakar okayy . aku selalu pergi balik kolej nak tren kan. then tibatiba cousin aku nih, Aizat . Dia student KLMU jugak. dia kata nak balik dengan aku. terkejut jugak. biar betul aku balik dengan dia nih . budak hot lah katakan. hehe . dia selalu naik motor tak pun naik kereta. tiba tiba dia naik tren . terkejut beruk aku. hehe . aku tergelak gelak lah dengan eiyaa, kitorang balik dengan dia. haha, budak HOT lah katakan. hehe :) sepanjang jalan nak pergi LRT Sultan Ismail tu tergelak gelak lah aku dengan eiyaa. tak tahan ohh. hehe . entah mimpi ape aku boleh balik dengan dia. dah beli tiket semua. naik lah tren. eiyaa turun dekat Bandaraya. kejap je laaa eiyaa naik tren. dengan aku dengan cousin aku tu yang tak boleh blaaa tu . muka dia prghh! macam cuak habis lah. haha . tak boleh blahh. first time lah katakan, nak tergelak je aku dalam tren tadi. haha. 

nak tergelak je cik mimiey hari nih. ape lah nak jadi . hahahaha :)

Sunday, 17 April 2011

M.E.N.G.E.D.I.K


Hai Helo,
Okay , tengok gambar cik mimiey pun nak nmpak macam mengedik kan. ape dah jadi dah dengan gambar nih. muka cik mimiey jadi ikan buntal lah. haha. bosan gilaa. ape lagi . tangkap gambar lahhhh. hehe :) korang pun suka kan ? awww. hehe . ada bnyak lagi gambar cik mimiey yang muka pelik pelik pun ada . heee . kat sini cik mimiey cerita sikit je laa. nak upload gambar bnyak banyak bukannya Tumblr pun. ini Blog ye wahai cik mimiey dan kawan kawan. hehe . fullstop cerita pasal ikan buntal :)


okayyy , ini pulak versi HipHop pulak. hehe. yawww, what's up lah guys. gua mau cerita sama lu orang . kalau lu orang perasan, gua pakai baju ape itu ? Chelsea kan ? yaehh! memang chelsea. gua memang minat gila dengan Chelsea lahh. kacak kacak footballer dia. prghhh! taktahan gua tengok muka mereka itu. cik mimiey dgn footballer ? ohhh TIDAKK ! abaikan . fullstop :)


haaa, ini korang rasa ape yang sesuai ? blurr sekejap. okaaay . ini bukan Menangis, Kecewa atau sama maksud dengannya ye . tapi cik mimiey nak bagitahu kepada semuaa !! cik mimiey PEMALU okayy. hehe . sebab itu lah tutup muka. maluuu gituu . tapi dalam hati Mengada. haha . okayy , abaikan cik mimiey ye . fullstop. 
ini sajee laaa ak cerita untuk kali ini. cik mimiey harap korang tak bosan dengan semua Entry cik mimiey ye :)

Saturday, 16 April 2011

Cynn Ismail ♥

Hai Hello ,
hari ni cik mimiey tak tahu nak cerita ape , cerita lah pasal budak atau kakak cantik nih. awww, KAKAK gituu . habis lah aku kena marah panggil diaa kakak. hehe :)

jangan marah ye kakak. nanti tak cantik dah , makin tua lagi. haha. okayy . lupakan. nak cerita pasal girl dalam gambar yang cantik cun melecun nih. cantik kan? bersinar sinar muka diaa. cik mimiey memang sukaa habis lah tengok gambar dia nh. umur dia? 22tahun lah tapi muka dia macam muda lagi je kan. hehe :D takpe. cik mimiey sukaaa ! cik mimiey kenal dia pun melalui FB. biasa lah cik mimiey selalu kata, FB kan mengeratkan silahturrahim antara manusia. dia stay dekat Johor Bharu. patut lah cantik kan , orang JB rupanya. aww.

Cynn : terima kasih lah sebab sudi kawan dengan i yang tak cantik and tak lawa dan dan segala tak lahh. haha . i happy sangat dapat kawan dengan you pretty :)

itu sajalah nak cerita untuk hari ini. Thanks so much PRETTY :)

Friday, 15 April 2011

WOW ♥♥♥

Hai Hello !
tadi cik mimiey terbuka lah blog AKU SYAFRINA tengok entry dia pasal helmet. smart, pelik, cantik. segalanya lahh. agak agak nya ada ke dekat Malaysia nih ? rasanya takda kot. tak pernah keluar berita pun. macam lah cik mimiey selali tengok berita kan . memang TAKKK lah. hehe :) nih lah cik mimiey nak cerita pasal helmet Smart, Pelik dan Unik nih :) yukk mulakan ..

haaa , ni lah helmet Tembikai. haha . kelakar kan ? tapi comel wehh . taktahu lah mana nak dapat helmet macam nih. hee . sukaaa .

heee, agak geli lah tengok benda nih . otak kan kan ? hee. macam ape je . kalau tengok pun dah geli macam mana nak pakai.. eyyy . please lah. memang tak lah kan :)

okayy , ni helmet versi elvis . yang penyanyi dulu dulu tu . tahu kan , tahu kan ? hehe :) tengok lah sideburn dia. prghh ! cantik gitu.. ini juga boleh buat wig kan. haha . entah hape hape je cik mimiey melalut nih .

hahah . ini kelakar okay . hehe . botak punya . licin , silauuu lahh ! kalau pakai helmet macm nih pun smart gak kan. silauu je tapi jalan . hehe :D

ini pulak helmet Bola Bowling. kalau pink macam nih size 8. haha . i dah hafal dah segala bola bowling nih. amboi ! M.E.N.G.A.D.A betul ! hehe :D tapi cantik kan :)

hahaha , ini pulak helmet versi Bola Tenis . macam macam pesen kan. haha :D cantik , smart okayy !


itu saje cik mimiey nak share dengan korang . thanks Syafrina sebab bagi info :)

Thursday, 14 April 2011

Kau jangan nak MENGELABAH lahh !


hai, sakit hati betul aku hari nih.
eiyaa plan nak buat assignment lah ape lah. then sorang budak laki nih pulak apehal. tengah duduk dengan eiyaa tu bincang lah dulu. korang tahu ape dia cakap? KAU DTG SINI GAK, AKU TAK KIRA, KITORANG TAK TAHU. .prghh ! memang menyirap lah bila aku baca msj tu. so, ape yang korang tahu pasal assignment ? nak aku sorang je buat ? macam tu ? kau ingat aku hape ? aku sorang je yang boleh korang harap nak buat assignment ? korang tu buat ape ? TENGOKK JE KE !! menyirap pulak aku . eiyaa okay lagi lah, budak lelaki tu laaaa. ape masalah dia pun aku taktahu. dah takda mood nak marah marah apsal ? macam aku sorang je yang takda. AYIM, AKAK tu ? ADA ke ?!! aku tak puas hati betul, korang cakap taktahu. hmm. ape yang kau tahu ? makan tidur lepak karaoke semua semua lah ? assignment ? pass dekat orang lain ? macam tu. wehhh ! bila masa aku janji dengan kau ? HEELLOOO ! AKU TAK JANJI OK. aku just cakap nak pergi makan. pleasee lahh. takda pun aku sebut aku janji nak makan dengan kau. jangan marah tak tentu pasal ok! kau tak payah lah nak kecoh sangat sebab aku tak datang, group kau yang lain mana? ada ke dorang ? kenapa harapkan aku je ? hmm. MENYESAL aku kenal dengan kau lah SAKAI !

kbai !

ANNOYING !! grrr


Hai Helo ,
hari ini cik mimiey nak update pasal seorang budak lelaki dalam kelas cik mimiey tadi. YA ALLAH , annoying yaa amaattt ! memekak, bising, merapu, melalut semua lah yang me... dekat dia. haih bisng dan menjengkelkan betul. cik mimiey benci betul lah orang macam nih. entah ape ape je. tak profesional langsung. hmm . kebetulan lah pulak nak cerita, budak lelaki itu budak PLKN cik mimiey. haih, lagi menyampah lah pulak.sejak bila entah perangai dia jadi mengelabah macam tuh. bila fikir fikir balik, macam mana lah aku boleh kenal dengan budak macam nih. cepat mengelabah, mengeletik betul !! hehe . kalau taktahu mengeletik tu. buat buat lah faham ye :)

kepada budak tu, jangan lah nak annoying sangat macam kau sorang je ad mulut dekat dalam kelas tu. kau ingat orang suka kau memekak melalut semua ? aku tengok muka Madam pun menyampah tengok kau. please lah wehh. kau ingat kau HEBAT ? PANDAI ? HERO GADIS-GADIS ? eyyyyuuww ! please lah. geli aku dengar ok. hensem sangat ke kau ? memang TAK lahhhh. pftt. kbai !

Wednesday, 13 April 2011

hubungan tarikh lahir dengan haiwan :)


haaa, nak tahu cik mimiey punya macam mana ? hee . comel taw. tarikh lahir cik mimiey 3April sama dengan haiwan BURUNG . awww. comel kan . cipp cipp cipp ! hha . bunyi burung ye. haha. nak tahu maksudnya ? meh kita baca yang bawah .

wah , kamu begitu comel dan manis seperti burung pipit. tetapi, barannya umpama burung helang! kamu seorang yang setia. kesetiaan kamu tidak pernah sesekali diragui. kamu juga seorang yang cukup ringkas dan sederhana. bagi kamu, kesederhanaan sangat penting dan biarlah ia menjadi sebahagian daripada diri kamu. dalam bab kerja, kamu memang nombor 1 ! tiada apa yang dapat menghalang kamu daripada menghabiskan tugasan yang diberi. selain rajin bekerja, kamu seorang yang cukup merendah diri. kau tidak suka membangga diri itu adalah punca ramai teman dan orang sekeliling kamu menyenangi dan menghargai kamu sebagai kawan mereka. kamu punya citarasa hebat dalam memlilih pakaian. jika almari kamu tidak dipenuhi dengan fesyen terbaru, hmmm boleh sentap dibuatnya. kamu popular dikalangan temanteman dan senang untuk berbicara dan bawaa berbincang. namun ada sahabat yang tidak menyenangi keperibadian kamu itu, jadi sentiasalah berhati-hati dan jangan mudah mempercayai seseorang.

panjangkan dia bagi. prghh! ada yang sama dengan cik mimiey dan ada yang tak. kebanyakkan nya sama lahh . sukaa ! nak tahu korang punya pulak ? bagi comment ye :)